- Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita..
- Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta..
- Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pasaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya..
- Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu..
- Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat..
- Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya..
- Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seseorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah, kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari..
- Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi..
- Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi..
Selasa, 29 November 2011
Ayat-Ayat Yang Tak Jemu Dibaca
Pergilah kau dari hidupku
Jika matamu memandangku,
Jika bibirmu terpaksa senyum padaku,Ringankanlah mukamu berpaling dariku..
Jika susah untukmu melupakan kesilapanku,
Senangkanlah lidahmu untuk menghinaku..
Tapi andainya satu hari nanti telingamu mendengar berita kematianku.. Ikhlaskanlah tanganmu mengusung jasadku.. Dan bisikkanlah padaku yang kau telah memaafkanku.. Moga kalimah terakhirmu itu menjadi pelita di kubur gelapku dan menjadi bantal tika lenaku yang panjang...
Untuk S_ _ k _ _ .. :( hhahahahh
Sifat wanita
- Lembut wanita kerana senyumannya.
- Cekal wanita kerana keberaniannya.
- Patuh wanita kerana kesetiaannya.
- Sabar wanita kerana imannya.
- Kasih wanita kerana belaiannya.
- Lemah wanita kerana air matanya.
- Ikhlas wanita kerana simpatinya.
- Pendiam wanita kerana cemburunya.
- Sayang wanita kerana sikap keibuannya.
- Tanpa wanita lelaki menjadi lemah.
ayat-ayat cinta
Cinta..
Amat mahal takrifnya.
Itulah yang difitrahkan oleh Allah S.W.T kepada hambanya...
Cinta tertulis pada perkataan tetapi gagal dilihat pada zahirnya, kerana cinta adalah tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya..
Ingat pada yang satu. Jujur pada yang merindu dan rindulah pada yang menyayangimu. Cinta takkan dapat kalau tiada siapa yang memberi. Tapi kalau mencari cinta biarlah pada yang sudi bukan pada yang simpati. Kalau memberi biarlah pada yang baik hati bukan pada insan yang tidak berbudi.
Khamis, 10 November 2011
Khas Buat Guru
Pengalaman merentas desa
pada 15 Mac tahun lepas, Sekolah saya telah mengadakan acara merentas desa. Semua pelajar dikehendaki menyertai acara tersebut. Saya dan kawan baik saya,turut menyertai acara tersebut.
Saya tiba disekolah pada pukul 7.35 pagi. Acara merentas desa ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Sebelum memulakan acara tersebut, semua pelajar diarahkan berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat dan arahan daripada guru. Selepas itu, Kami diarahkan untuk berbaris di padang sekolah mengikut tingkatan.
Acara dimulakan dengan para pelajar tingkatan 5 dan seterusnya sehinggalah tiba giliran saya. Apabila wisel ditiupkan, saya terus berlari dengan pantasnya. Apabila tiba di pertengahan jalan , saya mula berasa penat dan ingin berhenti tetapi saya meneruskan juga larian saya sehingga ke garisan penamat.
Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu pun telah tiba. Cikgu memberitahu bahawa 10 orang peserta yang tiba awal sahaja akan menerima hadiah. Cikgu mengumumkan nama saya. Saya berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara merentas desa ini. Saya berasa sangat gembira walaupun tidak berjaya menjadi johan. Manakala, kawan baik saya, tidak berjaya dalam petandingan merentas desa. Saya berkongsi kegembiraan bersama-sama. Apabila tiba di rumah pula, saya menunjukkan hadiah yang dimenangi kepada ibu. Ibu turut gembira dengan kejayaan saya ini.


