BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 29 November 2011

Ayat-Ayat Yang Tak Jemu Dibaca

  • Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita..
  • Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta..
  • Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pasaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya..
  • Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti  bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu..
  • Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat..
  • Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya..
  • Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seseorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah, kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari..
  • Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi..
  • Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi..


Pergilah kau dari hidupku

Jika matamu memandangku,

Ringankanlah kakimu pergi dariku..

Jika bibirmu terpaksa senyum padaku,Ringankanlah mukamu berpaling dariku..


Jika susah untukmu melupakan kesilapanku,
Senangkanlah lidahmu untuk menghinaku..


Tapi andainya satu hari nanti telingamu mendengar berita kematianku.. Ikhlaskanlah tanganmu mengusung jasadku.. Dan bisikkanlah padaku yang kau telah memaafkanku.. Moga kalimah terakhirmu itu menjadi pelita di kubur gelapku dan menjadi bantal tika lenaku yang panjang...


Untuk S_ _ k _ _ .. :( hhahahahh

Sifat wanita

  •  Lembut wanita kerana senyumannya.
  •  Cekal wanita kerana keberaniannya.
  • Patuh wanita kerana kesetiaannya.
  • Sabar wanita kerana imannya.
  • Kasih wanita kerana belaiannya.
  • Lemah wanita kerana air matanya.
  • Ikhlas wanita kerana simpatinya.
  • Pendiam wanita kerana cemburunya.
  • Sayang wanita kerana sikap keibuannya.
  • Tanpa wanita lelaki menjadi lemah.

ayat-ayat cinta

Cinta..
Amat mahal takrifnya.
Itulah yang difitrahkan oleh Allah S.W.T kepada hambanya...


Cinta tertulis pada perkataan tetapi gagal dilihat pada zahirnya, kerana cinta adalah tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya..


Ingat pada yang satu. Jujur pada yang merindu dan rindulah pada yang menyayangimu. Cinta takkan dapat kalau tiada siapa yang memberi. Tapi kalau mencari cinta biarlah pada yang sudi bukan pada yang simpati. Kalau memberi biarlah pada yang baik hati bukan pada insan yang tidak berbudi. 



                                                                                                                            
... ITULAH CINTA SEJATI ...

Khamis, 10 November 2011

Khas Buat Guru

Guru,
Dengar puisiku ini,
Ku persembahkan khas buatmu,
Untuk kau hayati dan kenangi.

Guru,
Kau ibarat lilin yang menerangi,
Kegelapan dunia ini,
Tanpamu gelaplah dunia,
Tanpamu aku tidak akan berjaya seperti sekarang.

Guru,
Kata-katamu ibarat emas,
Tiada sesiapa yang boleh,
Mengganti tempatmu,
Kata-katamu akan ku ingati,
Dan akan ku bawa mati.

Padamu oh guru-guruku,
Yang mengasuh dan mendidikku,
Yang mengajarku tanpa jemu,
Agar menjadi insan cemerlang.

Guru,
Anggaplah kami permata hatimu,
Yang kau belai dan kau asuh,
Agar hidup kita selamat,
Didunia aman sentosa.

Guru,
Kami pohon seribu kemaafan,
Salah silap harap diampunkan,
Berkatilah kami,
Segala ilmu dihalalkan.

Pengalaman merentas desa

pada 15 Mac tahun lepas, Sekolah saya telah mengadakan acara merentas desa. Semua pelajar dikehendaki menyertai acara tersebut. Saya dan kawan baik saya,turut menyertai acara tersebut.


Saya tiba disekolah pada pukul 7.35 pagi. Acara merentas desa ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Sebelum memulakan acara tersebut, semua pelajar diarahkan berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat dan arahan daripada guru. Selepas itu, Kami diarahkan untuk berbaris di padang sekolah mengikut tingkatan.


Acara dimulakan dengan para pelajar tingkatan 5 dan seterusnya sehinggalah tiba giliran saya. Apabila wisel ditiupkan, saya terus berlari dengan pantasnya. Apabila tiba di pertengahan jalan , saya mula berasa penat dan ingin berhenti tetapi saya meneruskan juga larian saya sehingga ke garisan penamat.


Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu pun telah tiba. Cikgu memberitahu bahawa 10 orang peserta yang tiba awal sahaja akan menerima hadiah. Cikgu mengumumkan nama saya. Saya berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara merentas desa ini. Saya berasa sangat gembira walaupun tidak berjaya menjadi  johan. Manakala, kawan baik saya, tidak berjaya dalam petandingan merentas desa. Saya berkongsi kegembiraan bersama-sama. Apabila tiba di rumah pula, saya menunjukkan hadiah yang dimenangi kepada ibu. Ibu turut gembira dengan kejayaan saya ini.


Sekian Terima Kasih

Redha dengan ujiannya

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang masih panjangkan usia kita.Dengan rahmat dan kasih sayangnya. Kita dapat bernafas dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba di muka bumi ini.

Bagi semua para pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan (SPM), tentu sudah bersedia dengan segala persiapan sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Malah, tidak kurang juga ada di kalangan para pelajar yang berada dalam tekanan kerana tidak membuat persediaan dari awal.

Tekanan memang tidak boleh dielakkan di dalam kehidupan. Terpulang kepada semua untuk menghindari dan menghadapinya, asalkan tindakan tidak lari daripada landasan syariat Islam. Letakkan segala pengharapan dan keputusan kepada Allah SWT.

Sebagai pelajar yang beriman, keepercayaan yang kukuh terhadap ketetapan Allah SWT selepas berusaha, berdoa dan bertawakal merupakan jalan yang terbaik untuk menghadapi tekanan.

Berfikirlah secara positif bahawa Allah SWT akan menolong apabila persiapan yang rapi telah kita lakukan. Namun, sekiranya persediaan yang rapi telah dilakukan tetapi kita masih lagi tidak mampu untuk mendapat keputusan yang baik, redha dengan apa yang berlaku kerana mungkin ada kesilapan yang tidak disedari.

Persediaan awal merupakan senjata yang paling ampuh untuk menghadapi peperiksaan dan tekanan. Kelalaian yang berlaku boleh menjadi batu penghalang kepada kejayaan di dalam peperiksaan. Masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Yakinlah dengan diri sendiri bahawa semua boleh berjaya di dalam peperiksaan dan buatlah persediaan yang secukupnya, di samping bertawakal kepada Allah SWT. Semoga kejayaan yang diimpikan berada di tangan kita. INSYA-ALLAH..

SEKIAN TERIMA KASIH

Rahsia Bulan Kelahiran Saya

Kuat semangat & bermotivasi tinggi ....

- Permikiran yang tajam ..

- Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian ..


- Perasaan yang amat mendalam ..


- Cantik dari segi mental & fizikal ..


- Tidak perlu dimotivasikan ..


- Bersikap sistematik ( otak kiri ) ..


- Kuat daya firasat ..


- Memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu ..


- Permikiran yang tajam ..


- Pandai berdebat ..


- Fizikal yang baik ..


- Kelemahan sistem pernafasan ..


- Suka sastera , seni & muzik serta melancong ..


- Rajin dan bersemangat tinggi ..

Maksud Tarikh Lahir Saya...

INTELEKTUAL


- Golongan ini adalah pencari ..


- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi , dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah ..


- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka ..


- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan ..


Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian ..


- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara ..


- Mereka sangat suka berahsia ..


- Golongan ini hidup dalam dunia mereka

tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar ..



Rahsia Personaliti Warna Melalui Tarikh Lahir

Emas

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan , yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan , kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal , sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama...

Terima Kasih Teman



Teman,
sungguh insan saat kita bersama,
mencoretkan seribu kenangan bersama,
membuatkan kita semakin akrab..



Teman,
jauhnya kalian menjadikan hatiku terasa rindu,
jauhnya kalian juga menguji kekuatan persahabatan kita,
jauhnya kalian juga mematangkan persahabatan kita..


Teman,
hanya kenangan bersama yang ditinggalkan,
kenangan suka duka bersama,
inilah pengubat rindu yang terbaik kepadaku...


Teman,
aku bersyukur kerana pernah mengenali kalian,
aku bersyukur dengan persahabatan kita masih berkekalan,
asku juga bersyukur kerana kita bersahabat..


Teman,
abadikanlah segala memori suka dan duka kita bersama,
jadikanlah kenangan kita sebagai tanda persahabatan kita yang abadi,
berdoa agar persahabatan ini akan kekal selamanya..


Teman,
terima kasih kerana kalian sudi menjalinkan persahabatan ini,
terima kasih sudi menjadikan aku sebagai sahabatmu,
terima kasih kerana masih mengekalkan persahabatan kita....

Erti sebenar cinta..

Cinta adalah iman dan keimanan juga yang
menentukan ketahanan dan kesetiaan
pasangan yang bercinta...

Apabila manusia gagal mencintai allah,
maka cinta sejati tidak akan ditemuinya...

Cinta yang tulus lahir daripada sikap
perbuatan dan tindak balas yang
dipamerkan oleh seseorang bukan
daripada kata - kata bermadah
walaupun terlalu indah...

Orang yang terlalu banyak berjanji
semasa bercinta adalah orang yang
keliru dengan perasaannya sendiri...

Kita sebenarnya tidak pernah jatuh
cinta atau dicintai sekiranya kamu
mengatakan sering gagal
dalam percintaan...

Kecacatan cinta bukannya terletak atas
sebab " cinta itu buta " tetapi disebabkan
mereka yang selalu mempermainkan
cinta...

Kamu adalah insan yang kecewa sebelum
waktunya sekiranya kamu sering mengucapkan
" aku cinta padamu " dan " adakah kau mencintaiku "...

Cinta adalah anugerah tuhan,
mereka yang menerima dan mengalami tidak pernah
menyedari bahawa dia telah jatuh cinta pada
seseorang...

Kita hanya mampu merancang, segala keputusan ditangan Allah

- Janganlah kamu berputus asa dalam apa jua bidang yang diceburi..

 - Moga-moga mendapat apa yang kita hajati. Asalkan kita ada usaha,doa dan tawakal. Segala keputusan kita ditangan Allah. Redha dengan segala ketentuaanya dan segala yang berlaku pasti ada hikmahnya..

- Jaga maruah diri kita, selebungi ia dengan keimanan..

- Ingat pengorbanan kedua ibu bapa kita. Kita jangan sia-siakan masa depan kita..

- Jika ada masalah minta bantuan dari Allah dahulu kemudian ibu bapa..

- Moga kita semua menjadi seorang anak, umat nabi muhammad S. A. W. Hamba Allah, pelajar, seorang isteri atau suami yang soleh dan solehah..

- Utamakan keredhaan Allah daripada keredhaan manusia...

Ucapan untuk semua

" Mimpikanlah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke mana sahaja yang kamu ingin pergi dan jadikan diri seperti yang kamu inginkan. Demikian kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kecemerlangan untuk melakukan perkara-perkara baik yang ingin kamu lakukan.. "

" Teruskan berjalan dan berjalan, kita akan semakin meningkat dengan perjalanan itu. Tetapkan kedudukan yang ada sekarang di samping peningkatan demi peningkatan.. "

Teruskan usaha dalam
mengejar kejayaan..

Cara-Cara mengejar kejayaan

" Cara yang pasti untuk tidak gagal adalah dengan berazam untuk berjaya.. "

" Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia pertama bagi kejayaan.. "

" Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.. "

" Mereka yang berjaya mencapai keunggulan biasanya menghabiskan masa seumur hidup untuk mengejar kerana keunggulan selalunya tidak dapat dicapai dengan mudah.. "

Lirik Lagu Janji




Cobalah kau mengerti,
Perasaan hatiku,
Ku cinta kamu,
hanya itu aku tahu....

Dan takkan terulang lagi,
Silapku yang dulu,
Meninggalkanmu,
Tuk kedua kali takkan berlaku....

Aku akan selalu,
Menjaga dan mencintaimu,
Aku janji,
Padamu takkan menduakanmu...

Dan takkan terulang lagi,
Silapku yang dulu,
Meninggalkanmu,
Tuk kedua kali takkan berlaku...

Aku akan selalu,
Menjaga dan mencintaimu,
Aku janji,
Padamu takkan menduakanmu...

Aku janji padamu,
Akan mencintaimu...

Aku akan selalu,
Menjaga dan mencintaimu,
Aku janji,
Padamu takkan menduakanmu...

Aku akan selalu,
Menjaga dan mencintaimu,
Aku janji,
Padamu takkan menduakanmu...


Lirik Lagu Aishiteru




LIRIK LAGU AISHITERU

Menunggu sesuatu yang sangat meninggalkan bagiku,
Saat aku harus bersabar dan terus bersabar,
Menantikan kehadiranmu,
Entah sampai kapan aku harus menunggu....


Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani,
Hidup dalam kesendirian sepi tanpa mu,
kadang ku berfikir cari penggantimu,
Saat kau jauh disana...


Walau raga kita terpisah jauh,
Namun hati kita selalu dekat,
Bila kau rindu pejamkan matamu,
Dan rasakan a a a aku...


Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh,
terhapus ruang dan waktu,
Percayakan kesetiaan ini,
Pada ke tulus ai ai aishiteru...


Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga,
Entah penantian ku takkan sia-sia ,
Dan berikan satu jawapan pasti,
Entah sampai kapanku harus bertahan...


Saat kau jauh disana rasa cemburu,
Merasuk ke dalam fikiran ku melayang,
Tak tentu arah tentang dirimu,
Apakah sama yang kau rasakan...


Walau raga kita terpisah jauh,
Namun hati kita selalu dekat,
Bila kau rindu pejamkan matamu,
Dan rasakan a a a aku...


Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh,
terhapus ruang dan waktu,
Percayakan kesetiaan ini,
Pada ke tulus ai ai aishiteru...


Satu sendiri fikiran melayang terbang,
Perasaan resah gelisah,
Menjalani kenyataan hidup tanpa gairah,
Lupakan segala misi dan ambisimu...


Akhirnya semua cukup sampai disini,
Dan buktikan pergorbanan cintamu untuk ku,
Ku mohon kau kembali...



Kimita tuoku kitemo,
Kiminoi shuagurata,
Shiniteruyo shiniteruyo....


Walau raga kita terpisah jauh,
Namun hati kita selalu dekat,
Bila kau rindu pejamkan matamu,
Dan rasakan a a a aku...


Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh,
terhapus ruang dan waktu,
Percayakan kesetiaan ini,
Pada ke tulus ai ai aishiteru...


wooooowoooowoooo